BUDI95: Cara Guna TNG eWallet untuk Beli Petrol RON95 pada Harga RM1.99/L
Rakyat Malaysia boleh menikmati harga lebih murah bagi petrol RON95 pada RM1.99 seliter bermula 30 September ini di bawah inisiatif BUDI Madani RON95 (BUDI95).
Harga istimewa RM1.99 seliter ini terpakai kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira tahap pendapatan dan memerlukan MyKad yang berfungsi serta lesen memandu yang sah.
Jika anda tidak mahu bersusah payah mengeluarkan MyKad setiap kali mengisi minyak, TNG eWallet memperkenalkan mini-aplikasi BUDI95 yang membolehkan anda membeli petrol RON95 hanya dengan satu kod QR.
Paling menarik, ia boleh digunakan di semua jenama stesen minyak di Malaysia.
—
Cara membeli petrol RON95 melalui mini-aplikasi BUDI95 dalam TNG eWallet:
1. Pada aplikasi TNG eWallet, tekan “BUDI95” di skrin utama. Atau, tekan “more” dan cari “BUDI95”.
2. Tekan “Buy Fuel“.
3. Pilih stesen minyak (atau hidupkan servis lokasi untuk mengesan stesen berdekatan secara automatik).
4. Masukkan nombor pam dan jumlah petrol yang dikehendaki.
5. Sahkan pesanan anda dan lengkapkan pembayaran dalam aplikasi TNG eWallet.
6. Satu kod QR akan dipaparkan dan anda boleh terus ke kaunter stesen minyak untuk mengimbas kod QR tersebut.
7. Teruskan mengisi minyak kereta anda dengan petrol RON95.
👉 Perlu diingatkan, kod QR hanya sah selama 10 minit. Jika mahu mengisi penuh tangki, anda boleh masukkan jumlah yang lebih tinggi.
👉 Jika kod QR tidak digunakan atau terdapat baki yang tidak digunakan, amaun selebihnya akan dipulangkan secara automatik ke dalam akaun eWallet anda.
—
Nota Penting:
Mini-aplikasi BUDI95 dalam Touch ‘n Go eWallet belum dilancarkan dan hanya akan tersedia apabila inisiatif BUDI95 bermula:
27 September – untuk anggota polis/tentera,
28 September – untuk golongan B40 (penerima STR),
30 September – untuk semua rakyat Malaysia yang lain.
Pengguna juga boleh mengumpul mata ganjaran TNG eWallet GOrewards untuk setiap transaksi petrol RON95.
Berbeza dengan Setel, kaedah ini masih memerlukan anda berjalan ke kaunter. Namun, ia tetap lebih cepat berbanding cara konvensional kerana anda tidak perlu lagi menyerahkan MyKad secara manual dan membuat bayaran di kaunter.
Jika anda berada di stesen Petronas, anda boleh mengisi minyak melalui mini-aplikasi Setel dalam TNG eWallet. Setel telah diintegrasikan ke dalam eWallet sejak Jun dan membolehkan anda mengaktifkan pam terus tanpa perlu ke kaunter.
—
Cara semak kelayakan BUDI95 dan baki kuota?
Untuk menggunakan fungsi BUDI95 dalam TNG eWallet bagi menikmati petrol subsidi murah, anda perlu melengkapkan proses pengesahan identiti elektronik (eKYC). Ia merupakan proses verifikasi digital untuk mengesahkan anda rakyat Malaysia, yang memerlukan gambar MyKad dan swafoto.
Cara lengkapkan eKYC (jika belum dilakukan):
1. Buka aplikasi TNG eWallet dan tekan pada profil anda di penjuru kanan atas.
2. Tekan Account Verification, kemudian tekan Verify Account.
3. Di bawah ID Type, pilih MyKad.
4. Imbas bahagian hadapan MyKad anda.
5. Ambil swafoto.
6. Isikan maklumat tambahan diri anda dan tekan submit.
Menurut TNG eWallet, proses eKYC sepatutnya siap serta-merta. Namun, jika memerlukan maklumat tambahan, ia mungkin mengambil masa sehingga 7 hari bekerja.
Amalan Terbaik Pesakit Kencing Manis: Hidup Sihat Walaupun Ada Diabetes Penyakit kencing manis atau diabetes bukan lagi sesuatu yang asing. Di Malaysia sahaja, jutaan... Read More
Cara Beli Emas Online Terbaik di Malaysia (2025) 1. Pengenalan: Mengapa Beli Emas Online? Di era digital kini, membeli emas secara dalam talian menjadi... Read More
5 Platform Simpan Duit Online Terbaik dengan Faedah Tinggi Dalam dunia kewangan hari ini, menyimpan duit sahaja tidak cukup — kita mahu duit itu... Read More
8 Smartwatch Terbaik untuk Kesihatan dan Sukan Dalam era teknologi pintar hari ini, memilih smartwatch terbaik untuk kesihatan dan sukan bukanlah sekadar soal gaya... Read More
10 Telefon Pintar Murah Terbaik di Malaysia 2025 (Bajet < RM1,000) Dengan persaingan telefon pintar makin sengit, pilihan bajet sekarang bukan sahaja untuk kegunaan... Read More